Friday, March 13, 2009

Perhimpunan Skuter Kebangsaan (PSK) 18-22 MAC 09


18-22 mac 2009 - Stadium Paroi. Seremban.Negeri 9...
JOM!! sapa nak ride. 21 Mac kita konvoy dari KL. email aku wankedah@skatemalaysia.com

Vespa Skate Tour…28-29 Mac 09


Aku rasa ni yg first di Malaysia.. tak pernah buat lagi kot... Ni Idea Padin...

Kepada semua SKATEBOARDERS yang berdekatan dengan daerah Lembah Klang atau yang berminat serta memiliki sebuah Vespa atau Lambretta, anda dijemput untuk menyertai Skate tour nie. Skate tour nie tidak disponsor oleh mana-mana pihak maka segala perbelanjaan adalah ditanggung sendiri (minyak, makan dan penginapan). Member-member skate yang takdak Vespa plak bolehlah tumpang member skate yang ada Vespa kalu owner Vespa sudi… Yang penting ride naik Vespa/Lambretta.

VST ini tiada program yang khusus tetapi ianya akan bermula di KL, di mana kita semua akan berkumpul di Traffic Light, Kampung Chubadak, Sentul (Simpang 4 bawah flyover highway Karak tu) pada jam 7.30 am dan seterusnya bertolak ke Temerloh. Kita akan singgah untuk skate di Skatepark Temerloh dan lepak bersama-sama member skate dan Vespa Temerloh. Kemudian sekitar jam 2pm kita akan ride ke Kuantan untuk skate di skatepark JBS, Kuantan dan lepak ngan member-member vespa di sana. Malam kita akan camping di Pantai Teluk Chempedak. Kita akan bertolak pulang ke KL pada hari Ahad jam 2-3pm.

Jadi, kepada member-member skate dan juga Vespa di Temerloh dan Kuantan diharap dapatlah bagi bantuan infos mengenai skate spot, tempat makan, bengkel vespa dan arah jalan semasa rombongan sampai di bandar anda nanti. Skate Tour ini juga akan diselitkan dalam skate video terbaru Climax iaitu The “Rakupan”. Di harap semua dapat memberi kerjasama supaya skate tour ini sukses. Segala pertanyaan boleh terus email kepada saya atau menelefon terus En. Bazly di talian 016-6218463. Okgo…

Aku mungkin naik Piaggio Hexagon aku.. janji geng Vespa jugak... okgo!

wankedah@skatemalaysia.com

LETS RIDE AND SKATE!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Tuesday, March 10, 2009

Competition dan skateboard

la ni dah byk competition skateboard, merata tempat.. banyak negeri pun buat..
tapi ramai dok komplen.. awat byk sgt kat area KL ? awat tak buat kat negeri2 lain?

- skatemalaysia tak dak kuasa la nak buat skate competition... kami Non profit... tak dak peruntukan langsung.. kami support saja takat mampu

- syukur la dah ada skate com.. dulu2 setahun sekali saja di LOT 10.. aku pun pi dari kedah naik bas, padin pun sama pi dari penang.. kami tak pernah komplen pun kata jauh atau susah..
semangat la sikit

tok sah la byk komplen....

latest news

Followers